Teknologi Robot

 PENGENALAN

Sistem automasi robotik umumnya sudah terguna lama dalam industri pemprosesan dan pembuatan di negara republik ini. Namun perederan dan pertukaran teknologi antara negara ini dengan negara luar membawa banyak perubahan dari segi kualiti teknologi yang dihasilkan dan banyak berlaku pertukaran teknologi antara negara-negara yang terlibat.

Sistem automasi robotik merupakan teknologi yang dilaksanakan di negara ini. Hal ini terbukti menerusi pelbagai pameran dan hasil produk berasal dari negara ini. Sistem robotik di negara ini amat luas dan besar. Antaranya robot perindustrian, industri peralatan pembuatan robot melebihi daripada 60% dan bilangan perusahaan dan skala berdaftar adalah lebih tinggi jika dibanding daripada industri lain.

Antara kategori produk robotik yang diperkenalkan adalah peralatan pintar, robot perindustrian sebagai contoh robot dicipta berbentuk manusia dan diprogramkan untuk melakukan aktiviti yang telah disetkan, robot tersebut mengandungi cip dan peralatan elektronik untuk membantu manusia meningkatkan produktiviti harian disamping membantu negara membangunkan sektor perindustrian dan pembuatan dengan pesat serta meluas.

Selain itu juga terdapat produk lain seperti kamera pintar, kanta perindustrian. Robot pengendalian, dan automasi tenaga serta banyak lagi.

1.1            PENGGUNAAN ROBOTIK

Penggunaan sistem robotik dan robot telah meluas khususnya dalam sektor industri pengeluaran bagi sektor perkhidmatan awam dan swasta. Robot dapat melaksanakan kerja-kerja yang rumit dengan cepat dan tepat kerana ianya tidak terhad kepada pergerakan ortagon malah mempunyai pelbagai pemasangan sambungan yang membolehkan merangsang pergerakan tangan manusia serta robotik dapat dipantau dan dikendalikan dari jauh dan diprogramkan untuk wujud bersama dan beroperasi dalam persekitaran kerja yang sama seperti manusia. Menurut (Dewan Bahasa dan Pustaka, 2005) robotik berasal daripada perkataan robot yang membawa maksud peralatan elektrik dan mekanikal berbentuk mesin yang dapat melakukan atau membuat berbagai-bagai pekerjaan manusia. Robot juga merupakan satu sistem mekanikal yang mempunyai sensors (input), actuators (output) dan dikawal oleh komputer (processor/brain) (Anderson & Bracken, 2010).

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Revoluisi Industri 4.0

  PENGGUNAAN TEKNOLOGI BAHARU DALAM IR 4.0 (PENGENALAN) Rajah: Revolusi Industri 4.0 (IR 4.0) Revolusi Industri 4.0 (IR 4.0) merujuk k...