Ahad, 15 Januari 2023

Revoluisi Industri 4.0

 

PENGGUNAAN TEKNOLOGI BAHARU DALAM IR 4.0 (PENGENALAN)

Rajah: Revolusi Industri 4.0 (IR 4.0)

Revolusi Industri 4.0 (IR 4.0) merujuk kepada transformasi disruptif di dalam industri melalui penggunaan teknologi baru. lanya bercirikan teknologi baharu yang menggabungkan alam fizikal, digital dan biologi, yang memberi kesan kepada dalam semua bidang, industri dan ekonomi. Sebagai contoh, percetakan bio menggunakan fail digital (digital) untuk mencetak objek seperti organ (fizikal) dengan menggunakan sel dan bahan bio (biologi). Ekonomi digital' dan 4IR adalah saling bergantung dan menguatkan satu sama lain. Pendigitalan membolehkan aplikasi teknologi yang lebih canggih, inovasi dan kemunculan model perniagaan baharu dalam semua sektor. Penerima gunaan teknologi IR 4.0 yang meluas akan mempercepat pertumbuhan ekonomi digital dari masa ke semasa. Merujuk kepada jadual 1 dibawah, berikut adalah sejarah tahun dan skop yang terdapat pada revolusi industri pertama, kedua, ketiga dan keempat ;-

Jadual : Jadual perkembangan revolusi industri 4.0

REVOLUSI INDUSTRI

TAHUN

SKOP

1.0

1760 – 1840

Mekanisasi (Mechanism)

2.0

1870 – 1914

Sistem Pengeluaran besar-besaran

3.0

1960 – 2016

Perkomputeran

4.0

2016 – (KINI)

Teknologi revolusi industri

 

 


BAGAIMANA KEFUNGSIAN SETIAP TEKNOLOGI BAHARU DALAM IR 4.0

 Teknologi Revolusi Industri

Didalam Revolusi Industri 4.0 (IR 4.0), terdapat sembilan komponen yang terdapat pada rajah 2 diatas. Setiap komponen mempunyai ciri-ciri yang tersendiri dan tiga contoh kefungsian teknologi baharu daripada kesembilan teknologi tersebut seperti;-

Tiga (3) contoh beserta fungsi yang terdapat pada teknologi revolusi industri 4.0.

Integrasi sistem

Integrasikan sistem berfungsi untuk memastikan kelancaran pada setiap fasiliti. Selain itu, integrasi sistem dapat meningkatkan kadar penghasilan untuk menggantikan kerugian masa yang dialami.

Big data

Big data berfungsi sebagai analisis data dan digunakan di dalam pelbagai sektor untuk merekodkan data dan big data dapat memberi corak jika berlaku sesuatu supaya dapat memberi penjelasan kepada manusia untuk baik pulih dan dapat meramal atas yang berlaku.

Industrial Internet of Things (IoT)

Setiap mesin yang ada dan robot akan dilengkapi dengan sensor seterusnya menghantar maklumat kepada robot yang lain atau pusat pangkalan data melalui internet. 


Berikut merupakan apakah itu Revolusi Industri 4.0: https://youtu.be/AA2cIHLvfXI


2 ulasan:

  1. Tq sharing info..cuma rujukan tak disertakan untuk setiap perenggan..

    BalasPadam

Revoluisi Industri 4.0

  PENGGUNAAN TEKNOLOGI BAHARU DALAM IR 4.0 (PENGENALAN) Rajah: Revolusi Industri 4.0 (IR 4.0) Revolusi Industri 4.0 (IR 4.0) merujuk k...