KESIMPULAN
Kehadiran
IR 4.0 tidak dapat dilengahkan atau dihalang lagi kerana banyak memberi peluang
dan cabaran yang dibawa bersamanya. Untuk mendepaninya, kita perlu bersedia
dari segi mental, emosi, spiritual dan fizikal. Pengurusan sumber manusia dan
sumber manusia itu sendiri mesti berubah seiringan dengan keperluan IR 4.0.
Perkara ini dapat memastikan supaya semua orang akan kekal relevan walaupun
dunia beralih ke arah era permodenan teknologi baru. Oleh itu, setiap orang
perlu membuka minda untuk berubah dan mempelajari tentang kecanggihan teknologi
pada masa kini dan persiapan revolusi teknologi yang baharu akan datang. Akhir
sekali, yang paling penting adalah setiap perubahan dalam taburan pekerjaan
daripada kemahiran rendah kepada kemahiran tinggi dapat dipertingkatkan
meskipun masih ramai yang belum mempunyai pendidikan tentang teknologi yang ada
pada setiap sektor untuk memangkin ke arah revolusi industri 4.0.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan