CONTOH NEGARA YANG TELAH MELAKSANAKAN TEKNOLOGI
Teknologi Robotik Di Jepun
Rajah: Robot pelayan di restaurant (Humanoid-robots)
Di negara Jepun ketika ini telah melaksanakan teknologi Robotik yang
berbentuk robot humanoid. Robot yang ada di Jepun digunakan untuk menjadi
pelayan restaurant kepada pelanggan. Menurut (Nilawaty 2021), sebuah restaurant
di distrik Nihonbashi Jepun, menggunakan robot untuk melayani pengunjung dengan
keterbatasan diri. Robot humanoid tersebut telah diprogramkan untuk bercakap
dan berjalan seperti manusia biasa dan mampu berinteraksi dengan persekitaran
dalam restaurant secara automatik. Menurut (H. Isiguro 2005), beliau
menyatakan moto seperti berikut,“Understanding humans by building robot”, iaitu
membina sebuah robot untuk memahami manusia. Robot humanoid telah dicipta
sebelumnya untuk menterjemahkan penampilan dan tingkah laku manusia. Namun
pembinaan teknologi Robot di Jepun telah memulakan pembinaan robot untuk
kegunaan di sebuah restaurant untuk menjadi pelayan sekaligus menjimatkan
tenaga kerja manusia serta membantu manusia bekerja di dalam restauran serta
mempercepatkan proses pesanan dan lain-lain.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan