DUA KEBAIKAN DAN KEBURUKAN
Teknologi
Robotik
Kebaikan Teknologi Robotik
Teknologi robotik mempunyai kebaikan dalam negara yang melaksanakan
Revolusi Industri 4.0 (IR 4.0) kerana terdapat tiga kebaikan yang ada pada
teknologi robotik iaitu;-
i.
Robotik
membantu dalam pelbagai sektor negara
Teknologi berasasakan robotik
dapat membantu dan bekerja dalam pelbagai sektor seperti sektor kesihatan,
sektor pendidikan, sektor perindustrian, sektor pertanian, sektor aeroangkasa,
sektor pertahanan dan keselamatan, sektor pembinaan dan lain-lain sektor yang
menjadi keutamaan negara demi negara maju membangun revolusi industri.
ii.
Membantu
menjalankan kerja seharian
Robotik bukan sahaja diterapkan
dalam teknologi yang besar seperti mesin, namun robotik juga terdiri daripada
robot kecil bergerak yang merupakan peralatan elektrik dan elektronik seperti
vacuum robot, smart alarm dan lain-lain bagi memudahkan kerja seharian manusia
didalam rumah tanpa menggunakan tenaga fizikal.
iii.
Menjalankan
tugas dengan cekap dan tepat
Dengan adanya teknologi robotik
berbentuk alat kawalan jauh, robot humanoid dan lain-lain dapat menerima arahan
yang diberikan oleh manusia setelah memprogramkan dan sistemnya itu akan
membuat kerja dengan menepati kehendak kita tanpa melanggar sistem yang telah
diprogramkan. Menurut (MH Daily 2022), Elon musk perkenalkan robot humanoid
yang boleh melakukan tugas yang rumit dan serta menurut kata.
Keburukan Teknologi Robotik
Penggunaan teknologi robotik dapat membawa kesan
buruk atau negatif kepada negara yang mengamalkan teknologi baharu IR 4.0 dalam
negara serta kehidupan manusia kerana robot juga mempunyai masalah jika
terdapat kerosakan pada suatu teknologi tersebut dan tidak fleksibel
sepertimana tenaga kerja dan pemikiran manusia. Hal demikian kerana robot tidak
mampu melakukan kerja-kerja lain selain yang telah diprogramkan pada sistem
mereka bahkan jika terdapat kerosakan menyukarkan alat gantian terhadap sesuatu
robot yang agak sukar pembuatannya mengikut model tertentu.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan